ArtikelBerita

Majlis Perasmian Penutup & Penyerahan Sijil Tamat Kursus Bengkel STEM STATUE, KMKPh 2023

13 Mac 2023, Isnin

Bengkel bagi Pembinaan STEM STATUE, KMKPh dilaksanakan bermula 01 Februari 2023 dan tamat pada 13 Mac 2023. Bengkel STEM STATUE ini merupakan suatu projek bagi membina sebuah monumen yang melambangkan identiti kepada Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang yang memberi gambaran gabungan pengajian kejuruteraan serta elemen STEM (Science, Technology, Engineering dan Mathematic) yang merupakan asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran di KMKPh.