ArtikelBerita

Pelupusan Bahan Kimia

Khamis -08 Feb 2018. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang telah membuat pelupusan bahan kimia yang telah tamat tarikh luput di stor makmal KMTPh. Pihak Bomba Jengka serta anggota HAZMAT Gebeng Kuantan telah dijemput bagi melakukan kerja-kerja pelupusan merkuri di makmal kimia. Seramai 19 anggota telah terlibat di dalam pelupusan tersebut.

Pelupusan sisa kimia yang dilakukan oleh pihak KMTPh adalah supaya menepati piawaian pelupusan oleh peraturan kualiti alam sekitar agar ianya tidak mengancam keselamatan hidupan di kemudian hari. Pihak kolej merakam ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjalankan tugas tersebut.

Klik http://www.kmtph.matrik.edu.my/untuk koleksi gambar

 

Leave a Reply