ArtikelBerita

BENGKEL PENGENALAN GOOGLE SITE

14 Oktober 2022 Jumaat Bilik Kuliah 3, KMKPh

Satu bengkel pengenalan Google Site telah diadakan bagi memberi pengenalan dan pendedahan asas kepada para pensyarah mengenai asas pembinaan site dan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dokumentasi. Bengkel ini telah disampaikan oleh Cik Nor Syamina binti Assan Khutus selaku Jurulatih Utama Digital Classroom dibantu rakan-rakan pensyarah PPC.