Aswadi Nasir
PTRAM 2025 @ UNISZA
Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia (OITRAM 2025) telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Februari 2025 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Gong Badak, Terengganu. Pada edisi pertandingan kali ke 5 ini, KMKPh mewakili Kolej Matrikulasi KPM Zon Timur dan pihak kolej telah menghantar 5 pasukan inovasi pelajar dan 1 pasukan inovasi pensyarah. Kategori inovasi pelajar berjaya menggondol 2 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa manakala kategori inovasi pensyarah berjaya menggondol anugerah gangsa. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang terlibat kerana telah mencapai pengiktarafan inovasi di peringkat kebangsaan.







