Piagam pelanggan warga kerja KMKPh adalah :
-
Pensyarah dan pelajar menerima jadual waktu selewat-lewatnya sehari sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula.
-
Pelajar baharu dapat didaftarkan kemasukan dalam tempoh satu hari pada hari pendaftaran
-
Semua pelajar (100%) memenuhi syarat kelayakan akademik ke Universiti Awam.
-
Penilaian markah 10% kokurikulum dapat dimaklumkan kepada pelajar selewat-lewatnya pada minggu ke 18 semester II pengajian.
-
Semua pelajar (yang layak) Program Matrikulasi menerima elaun wang saku tidak melebihi dua (2) bulan selepas dokumen pendaftaran diterima oleh Kolej Matrikulasi.
-
Setiap kakitangan mengikuti latihan sekurang-kurangnya 40 jam setahun.
-
Bayaran tuntutan perjalanan, bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen lengkap).
-
Maklum balas awal aduan pelanggan diberikan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dan 80% aduan dapat diselesaikan.