Skip to main content

Laporan Kejayaan

MASCAR 2025


Pada 26 -27 September 2025 KMKPh telah menyertai Pertandingan Maticulation STEM Carnival (MASCAR 25) di dua lokasi berbeza iaitu Kolej Matrikulasi Kedah dan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah. Kontingen pertandingan terdiri daripada 24 pelajar diiringi oleh 6 pensyarah pengiring. Kontingen telah bertolak ke KMK dan KMKK pada 25 September 2025 menaiki bas kolej pada jam 8 pagi. Acara yang dipertandingkan di MASCAR 25 terdiri daripada STEM AI, InnoSTEM, IoT Challenge, STEM XE dan RC Jet. Kontingen KMKPh telah berjaya memenangi hadiah untuk beberapa kategori iaitu STEM AI – Emas (Artwork dan Design), STEM AI – Perak (Storyline), IoT Challenge – Gangsa, InnoSTEM – 2 Gangsa dan STEM XE – Gangsa (Electromagnetic Gun). Tiada rezeki untuk pasukan RC Jet memenangi hadiah dalam mana-mana kategori yang dipertandingkan. Tema MASCAR 25 pada kali ini adalah ‘STEM Pemacu Transformasi Minda MADANI’. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam menyediakan pasukan menyertai MASCAR 2025.