Moto
Penjana Kegemilangan
Objektif
- Membangun modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Menyediakan lulusan Program Matrikulasi untuk program ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan di institusi pengajian tinggi.
- Menghasilkan lulusan program matrikulasi yang berpengetahuan, berkemahiran insaniah, berakauntabiliti dan berdaya saing
Dasar Kualiti
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang beriltizam memberi perkhidmatan berkualiti dalam pengurusan hal ehwal akademik, pelajar dan pembangunan staf bagi memastikan pelanggan mendapat manfaat terbaik melalui sistem pengurusan berkualiti yang cekap dan berkesan secara berterusan