TEAM BUILDING KMKPh 2025
Kelab Bakers KMKPh (Kelab kakitangan KMKPh) telah menganjurkan satu Program Pengukuhan Pasukan (Team Building) pada 8 November 2025 bertempat di Cempaka Beach Resort - Pantai Cempaka Kuantan, Pahang. Objektif aktiviti ini adalah untuk menyuntik semangat kerja berpasukan, fokus, sabar, meningkatkan komunikasi serta memupuk hubungan yang lebih erat antara kakitangan. Aktiviti yang berlangsung selama hampir sehari melibatkan seramai 65 staf KMKPh yang terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi kolej, pensyarah dan staf AKP. Peserta telah dibahagi kepada kepada lima kumpulan utama. Program ini bukan sahaja berjaya menceriakan suasana, malah telah mempereratkan hubungan antara kakitangan melalui pelbagai cabaran yang memerlukan komunikasi, strategi dan saling percaya. Semangat kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan diharap dapat diteruskan di tempat kerja bagi meningkatkan lagi kualtiti kerja dan keharmonian warga KMKPh. Majlis berakhir dengan jamuan makan malam dan upacara penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang.