Skip to main content

Berita

Perhimpunan Staf Bil. 1/2024


Perhimpunan Staf Bil 1/2024 telah dilaksanakan pada 2 Februari 2024 sebagai pembuka tirai tahun 2024. Perhimpunan kali ini di bawah kelolaan Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial bersama Unit Pusat Sumber KMKPh bertemakan β€˜Solidarity With Palestine’. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu perkhidmatan awam dan ikrar perkhidmatan awam yang diketuai oleh Tn Hj Che Sanusi bin Che Abdulllah. Pengisian program dimulakan dengan tazkirah oleh Tn Hj Nasaruddin bin Shamsuddin. Seterusnya ucapan dan perkongsian oleh Pn Zuriah Sulaiman, Pengarah KMKPh berkaitan KPI ULPSM dan Pelan Transformasi KMKPh 2023-2025. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil AKRAB dan meraikan ulangtahun kelahiran Pengarah dan warga KMKPh yang lahir pada bulan Januari. Perhimpunan staf diakhiri dengan alunan selawat dan jamuan ringan.