Skip to main content

Berita

Perhimpunan Pelajar Bil. 1/2024


Pada 19 Januari 2024 (Jumaat) satu Perhimpunan Pelajar Bil. 1/2024 telah diadakan di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Perhimpunan ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang taklimat Karnival Kerjaya dan Pendidikan yang telah disampaikan oleh Dr. Norhisham Binti Abdul Razak. Seterusnya Taklimat  Pencegahan Salah laku Seksual dan Buli disampaikan oleh Puan Pengarah Zuriah Binti Sulaiman.  Penyampaian hadiah bagi beberapa Program Unit Matematik dan Program HEP turut disempurnakan oleh Puan Pengarah serta KJPP.

Perhimpunan ini juga turut meraikan kejayaan beberapa orang pelajar yang menyertai Program Materials Product Design Eco-Challenge (MPDEC) anjuran School of Material and Mineral Resources, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus pada 6 Januari 2024. Warga KMKPh juga turut mengucapkan syabas kepada Vimal A/L Paranthaman atas kejayaan menyertai dan mendapat Gold Award di Program Virtual International Innovation Conference (VIIC 2023).