Skip to main content

Berita

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA @KMKPh


Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh) telah berlangsung dengan jayanya pada 26 September 2025 bertempat di Dewan Ibnu Sina, KMKPh. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Rusuwan bin Rozali, Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial (KJSISS), mewakili Pengarah KMKPh.

Dalam majlis penutupan ini, turut ditayangkan sebuah video rakaman Pelancaran Kempen Anti Buli yang telah pun dilaksanakan pada 24 September 2025. Pelancaran kempen tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah KMKPh , Tuan Haji Masah bin Abu Mansor.

Dalam ucapan perasmian, Tuan Haji Abdul Rusuwan bin Rozali telah menekankan betapa pentingnya generasi muda mengekalkan semangat perpaduan dan cintakan tanah air, sejajar dengan objektif penganjuran Bulan Kebangsaan. Beliau turut menyeru seluruh warga kolej agar menentang sebarang bentuk buli demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih harmoni, selamat dan sejahtera di KMKPh.Secara keseluruhannya, sambutan Bulan Kebangsaan dan pelancaran Kempen Anti Buli ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan agar semangat patriotik dan kesedaran terhadap isu buli akan terus diamalkan dan diterapkan dalam kehidupan seharian semua warga KMKPh.