Larian KAKOM KMKPh 2026
Larian KAKOM KMKPh 2026 telah diadakan pada 8 Ogos 2026 di perkarangan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Program ini melibatkan semua pelajar serta staf dan pensyarah KMKPh. Larian ini bertujuan untuk memupuk amalan hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kolej. Program ini turut menjadi platform untuk menyemarakkan semangat kesukanan dan kebersamaan warga KMKPh.