Kem Pembinaan Karakter Generasi Madani (GenMADANI) 2026
Kem GenMADANI telah diadakan pada 25 hingga 27 September 2026 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Tapak Perkhemahan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Seramai 160 orang peserta telah menyertai kem ini. Program ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan semangat kenegaraan merentas bangsa, pemerkasaan perpaduan, serta penghayatan Rukun Negara secara mendalam.