Kem Daie Kebangsaan dengan kerjasama YADIM
Pada 10-13 Oktober 2025 yang lalu, KMKPh telah menghantar seramai 10 pelajar ke Kem Daieβ Kebangsaan yang telah diadakan di KM Kelantan. Pelbagai aktiviti menarik berbentuk LDK telah berlangsung bersama fasilitator dari IPG Kampus Kota Bharu dan YADIM. Pelbagai input telah diperoleh peserta terutamanya proses Daie dan keperluan penting yang perlu ada pada seorang Daieβ. Diharap para peserta memperoleh manfaat dari kem ini dan dapat berkongsi pengalaman dan mengamalkan ilmu-ilmu yang diperoleh di kem bersama rakan-rakan di KMKPh. Tahniah kepada semua peserta.