KEJOHANAN RAGBI PIALA PENGARAH 2025
Kejohanan Ragbi Piala Pengarah 2025 merupakan salah satu acara tahunan anjuran BMKPM. Pada tahun ini, Kolej Matrikulasi Melaka telah dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran kejohanan tersebut. Kontinjen KMKPh telah menghantar pasukan Rugby Tackle (10 sepasukan lelaki) dan Rugby Touch (6 sepasukan wanita). Dalam kejohanan ini, KMKPh berjaya meraih gelaran Juara Bowl bagi kategori Rugby Tackle serta Naib Juara Bowl bagi kategori Rugby Touch. Penyertaan pelajar dalam kejohanan peringkat kebangsaan ini turut memberikan mereka peluang memperoleh 10 peratus markah kokurikulum untuk kemasukan ke Universiti Awam.