KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA SESI 2026/2027
Karnival Pendidikan Kerjaya Sesi 26/27 telah diadakan pada 06 Ogos 2026 bertempat di Dewan Ibnu Sina, Pusat Pelajar dan sekitar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Sebanyak 31 IPT dan agensi kerajaan, berkanun dan swasta turut serta memeriahkan hari Karnival tersebut. Selain itu sekolah berdekatan dan luar daerah turut dijemput. Semoga program ini dapat membina jaringan, pendedahan ilmu pengetahuan baharu dan pendidikan Kerjaya buat pelajar warga KMKPh dan semua yang hadir.