Skip to main content

Berita

BENGKEL PENYELARASAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM)


Bengkel Penyelarasan Bagi Permohonan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahun 2025 Kolej-Kolej Matrikulasi telah dilaksanakan pada 06 hingga 08 Mac 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Ghazali, KMKPh. Bengkel ini melibatkan wakil Timbalan Pengarah/ Ketua Jabatan, Pegawai Eksekutif Kanan/Penolong Akauntan daripada 15 buah kolej matrikulasi seluruh Malaysia. Bengkel ini telah diketuai oleh Puan Nor Asnidar binti Aziz, Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Pengurusan, Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.