Skip to main content

Berita

BENGKEL INTERVENSI KALKULUS


Unit Matematik KMKPh telah menganjurkan Program Bengkel Intervensi Kalkulus: Topic 9 (Differentiation) & Topic 10 (Application of Differentiation). Program ini merupakan jalinan kerjasama strategik akademik antara Unit Matematik dengan pakar pensyarah dari Pusat Sains Matematik, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Objektif program ini adalah:

1. Meningkatkan Penguasaan Teknik Pembezaan (Topik 9): Memastikan 100 pelajar sasaran menguasai petua pembezaan asas, fungsi eksponen, logaritma, trigonometri, serta pembezaan tersirat (implicit) dan parametrik.

2. Memantapkan Kemahiran Penyelesaian Masalah KBAT (Topik 10): Meningkatkan keupayaan pelajar menterjemah dan menyelesaikan soalan aplikasi pembezaan merangkumi titik ekstremum, masalah pengoptimuman, lakaran graf polinomial, dan kadar perubahan berkaitan (related rates).

Semoga segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan ini memberikan manfaat yang bermakna kepada para pelajar serta menjadi pemangkin kepada peningkatan penguasaan, keyakinan dan prestasi akademik mereka dalam menghadapi PSPM 1 yang bakal berlangsung.