ArtikelBerita

Program Kecemerlangan SPM

Ini kali kedua Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang menjadi tuan rumah kepada Program Kecemerlangan SPM. Kali pertama dari SMK Desa Jaya. Kali kedua Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang telah menjadi pilihan kepada SMK Jengka 6 untuk Program Kem Ke Puncak Jaya Pelajar SPM yang telah diadakan pada 6-8 jan 2023.

Seramai 64 pelajar SPM 2022 telah berkampung di KMKPh selama 3 hari 2 malam. Pihak sekolah telah menggunakan kemudahan kolej seperi asrama,bilik kuliah dan bilik seminar untuk membolehkan pelajar merasai suasana sebenar kehidupan sebagai pelajar Kolej Matrikulasi. Ini juga sebagai salah satu bentuk promosi kepada pelajar SPM yang bakal memasuki alam pendidikan tinggi pada tahun 2023.

Antara antiviti yang dijalankan ialah seminar menjawab soalan SPM yang turut melibatkan pelajar KMKPh sebagai fasilitator subjek (PAL). KMKPh turut mengambil peluang dengan mengadakan taklimat kemasukan ke Program Matrikulasi dan demontrasi penggunaan pencetak 3D yang disampaikan oleh En Mohamad Talhah Al Hafiz pensyarah dari Unit Kejuruteraan.

Majlis Penutupan Program Kem Ke Puncak Jaya SPM telah di sempurnakan oleh Pn Hadidah Bt Abdul Rahman, Pengarah KMKPh. Dalam majlis penutup itu juga telah diadakan majlis tandatangan sebagai permulaan Program Kabolarasi Pendidikan SMK Jengka 6 dan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang antara Pengarah KMKPh dan Pengetua SMK Jengka 6, Pn Faridzah bt Ahmad. Pn Hadidah dalam ucapan penutupan turut menjelaskan tentang Program Matrikulasi. Selain itu beliau berharap program seperti akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Info lanjut klik disini