ArtikelBerita

Mesyuarat Khidmat Komuniti (Persediaan Menghadapi Banjir KMKPh)

Satu mesyuarat dan program khidmat bersama komuniti setempat di sekitar Daerah Maran telah diadakan pada 19 Oktober 2022 (Rabu). Program tersebut telah dihadiri oleh Ketua jabatan dan wakil daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan berkanun di Daerah Maran. Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan dan memberi pandangan kepada pihak kolej sebagai persediaan menghadapi banjir serta mebincangkan bentuk bantuan yang boleh disalurkan oleh agensi-agensi berkaitan kepada pihak kolej.