Artikel

Sambutan Bulan Kebangsaan kali ke 65

Sambutan Bulan Kebangsaan kali ke 65 diadakan pada 19 Ogos 2022 di Dewan Ibnu Sina dan dirasmikan oleh Pn. Hadidah binti Abdul Rahman, Pengarah Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Tema sambutan bulan kebangsaan kali ini adalah Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Sambutan bulan kebangsaan dapat diadakan secara bersemuka pada tahun ini setelah hampir dua tahun sambutan secara tidak dapat dilaksanakan disebabkan pandemik covid 19. Semoga pelaksanaan sambutan bulan kebangsaan ini dapat menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan semua keluarga Malaysia KMKPh.