Aktiviti PelajarArtikelBerita

Program Bengkel Permodelan 3 Dimensi “Tinkercad”

Pada 23/7/2022, Sabtu, pensyarah unit Asas Kejuruteraan, En Mohamad Talhah Al Hafiz bin Mohd Khata, telah telah dijemput oleh SMK Bandar Putra Kulai untuk menyampaikan ceramah/bengkel berkenaan permodelan 3 Dimensi menggunakan software tinkercad.

Sebagai persiapan untuk para pelajar memasuki pertandingan STEM anjuran JPN negeri Johor, pihak sekolah telah mengadakan bengkel ini. Tema bagi pertandingan ini adalah mereka bentuk rumah masa hadapan. Dengan kepakaran pihak kolej didalam bidang permodelan 3Dimensi dan percetakan 3D (3D printing), berikut adalah antara intipati bengkel tersebut.

Permodelan 3D – mengajar tentang teori asas rekabentuk dan lukisan-cara menghasilkan sesebuah rekabentuk dari sudut pandangan isometrik-asas penggunaan tinkercad-cara melukis bentuk asas didalam tinkercad-cara mencantum dan membuang bentuk didalam tinkercad-Cara menghasilkan file stl dan mengubah file stl-cara menghasilkn bentuk 3d dari file svg-menghasilkan rekabentuk rumah yang mudah menggunakan tinkercad.

Percetakan 3D – Pengenalan kepada teknologi rapid prototyping dan sejarahnya-pendedahan kepada teknologi FDM (fused deposition modelling) -demonstrasi ringkas penggunaan software slicer (CURA) -cara mencetak menggunakan pencetak 3D.

Di akhir bengkel, ditekankan kepada pelajar, dengan kemajuan teknologi sekarang, yang menjadi limitasi adalah imaginasi seseorang itu. Dengan adanya pencetak 3D dan kemahiran 3D modelling, “Apa-apa yang boleh direkabentuk di dalam model 3 dimensi, boleh dihasilkan melalui percetakan 3D”