ArtikelBerita

Pertandingan Senamrobik Peringkat KMKPh Tahun 2020

Pada hari Sabtu 3 Oktober 2020, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan telah mengadakan Pertandingan Senamrobik di Peringkat Kolej. Sebanyak 5 kumpulan telah mengambil bahagian secara keseluruhan. Dua orang Juri dijemput khas untuk menilai setiap kumpulan dengan teliti.

Kumpulan TIBER BAND yang terdiri daripada pelajar-pelajar KMKPh turut menghiburkan hadirin dengan menyampaikan lagu-lagu serta menunjukkan bakat memainkan alat muzik.

Program berjalan dengan jayanya dengan sokongan Puan  Latiza binti A. Latif, Pengarah KMKPh serta Ketua-ketua Jabatan KMKPh.