ArtikelBerita

Audit Surveillance 1

Pada 14 dan 15 September 2020, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh) telah melalui proses Pengauditan Surveillance 1 oleh pihak SIRIM. Ketua Auditor SIRIM ialah Pn. Hajjah Mariam Binti Mohamed Zin dan auditor ialah En. Mohammad Hamidi Bin Yusop.

Pada 14 hb September 2020 proses pengauditan bermula dengan ‘opening’ bersama pihak SIRIM. Seterusnya proses pengauditan bermula dengan :
I. Ketua Audit Dalam
II. Pengurusan Risiko
III. Minit Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Risiko (MKSP)
IV. Aduan dan Kepuasan Pelanggan
V. Latihan Pembangunan Staf

Pada 15 hb September 2020 proses pengauditan berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran bagi subjek Pengajian Am dan Fizik.

Pada pukul 4.30 petang, penutupan bersama pihak SIRIM berlangsung. Hasil dapatan SIRIM, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang Berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015 dengan tiada OFI.