Maklumat Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu (MPPB) Sesi 2020/2021

PENTING: Sila baca dengan teliti dan ambil tindakan berikut:

Pendaftaran Online

1.Pendaftaran perlu dilakukan secara online bagi melancarkan pengesahan pendaftaran di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang

2.Pendaftaran online akan dibuka bermula pada pukul 12.01 tengah hari 29 Jun 2020 hingga 24 Julai 2020.

3. Sila klik pada pautan daftar online << http://mis.kmkph.matrik.edu.my/online/ >>  bagi tujuan pendaftaran secara online.

Penangguhan Pendaftaran

1. Kurang daripada lima (5) hari dengan sebab munasabah seperti kematian, kemalangan dan lain-lain melalui pengarah kolej secara bertulis.

2. Lima (5) hari atau lebih pelajar hendaklah memohon daripada Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM secara bertulis.

3. Bagi pelajar yang memerlukan rawatan berterusan disebabkan masalah kesihatan kronik, pelajar perlu mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan sebelum memohon penangguhan pengajian. Kelulusan penangguhan ini hanya dibenarkan sekali sahaja dan perlu mendapat kelulusan Pengarah kolej tempat anda mendaftar.

4. Pelajar baharu sesi 2020/2021 dikehendaki menyertai group telegram melalui QR kod dibawah.

Pendaftaran di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang

1. Sesi pendaftaran di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang adalah seperti berikut;

Tarikh    :  04 – 05 Ogos 2020

Hari       :   Selasa – Rabu

Tempat :   Pusat Pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang

Masa     :   8.00 pagi hingga 4.00 petang

2.  Persedian sebelum mendaftar di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang

i. Semua bakal pelajar dikehendaki mencetak, melengkapkan dan membawa bersama dokumen pendataran daripada  laman web KPM. Cetak surat tawaran melalui laman sesawang KPM. >> Klik sini <<

ii. Semua bakal pelajar dikehendaki menyerahkan 2 salinan buku akaun / penyata bank yang tertera nombor akaun pelajar dan 2 salinan kad pengenalan semasa pendaftaran.

iii. Membuat pembayaran yuran di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebanyak RM 599.60. Sila bawa Slip asal DEPOSIT/BAYARAN/TUNTUTAN BSN bersama salinan fotokopi. Sila pastikan anda memasukkan nombor akaun yang betul. (Contoh Pengisian Pembayaran Yuran Pada Slip BSN seperti dibawah).

–       No akaun: 0610041000114300

–       Nama: KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN PAHANG

 

iii. Dokumen Peribadi Pelajar yang lengkap diisi dan dicetak melalui laman sesawang KPM. >> Klik sini <<

iv. Buka akaun perseorangan Bank Islam berserta Kad ATM Bank Islam. Sekiranya sudah memiliki Akaun Bank Islam dan Kad ATM, sila pastikan akaun masih aktif.

v.  Senarai semak dokumen pendaftaran boleh dicetak disini.  >> Dokumen pendaftaran<<

Peraturan dan Tatacara Berpakaian 

i. Tatacara Berpakaian

ii. Senarai Keperluan Peribadi 

iii. Peraturan Am MPPB

iv. Senarai peralatan untuk Subjek Asas Kejuruteraan