Perhimpunan Staf KMKPh Bil 2/2020
Perhimpunan Staf Bilangan 2 bagi tahun 2020 peringkat Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang, telah diadakan pada hari Jumaat, 6 Mac 2020 di Dewan Seminar Mat Kilau. Perhimpunan staf kali ini diisi dengan beberapa taklimat dan amanat Pengarah. Taklimat Pengiraan Mata Kredit SPLKPM telah disampaikan oleh Cik Nur Bazilah binti Thalib dan taklimat Inisiatif 112 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang disampaikan oleh Cik Hajjah Wan Nordiana binti Wan Abd Rahman.
Beberapa amanat penting telah disampaikan oleh Pengarah KMKPh, Pn Latiza Binti A.Latif. Beliau menyeru semua staf untuk menggembeling tenaga bagi melonjakkan lagi kecemerlangan KMKPh ke tahap yang lebih tinggi untuk tahun 2020. Warga KMKPh yang profesional akan mempraktikkan nilai-nilai dan amalan yang murni, sentiasa kaya hati dan cintakan organisasi mereka. Beliau juga menegaskan bahawa semua orang adalah penting dalam sesebuah organisasi. Apabila ia merasakan dirinya penting, dan kejayaan organisasi adalah bergantung kepada dirinya, maka pasti dia akan buat yang terbaik untuk memastikan organisasinya berjaya.
Penyelaras ISO meyampaikan sijil pengiktirafan MS ISO-9001-2015 dari SIRIM Penyampaian hadiah kepada naib johan Pertandingan Drone Matrikulasi, Dronatrix FPV Challenge 2020 yang diadakan di Kolej Matrikulasi Sarawak Penyampaian sijil penghargaan Festival Insaniah yang telah diadakan di Kolej Matrikulasi Perak