ArtikelBerita

Program Derma Darah

Program derma darah telah diadakan di Dewan Seminar Mat Kilau, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Program ini bagi memenuhi keperluan tabung darah Hospital Haji Ahmad Shah, Temerloh. Selain itu juga penderma juga dapat memeriksa tahap kesihatan tubuh masing-masing dan mendapat penerangan mengenai kesihatan tubuh badan.

Keistimewaan Penderma darah :

Penderma darah yang menderma di Tabung Darah di Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005.