Aktiviti PelajarArtikel

Pertandingan Permainan Tradisional

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang, Sabtu, 8 Februari 2020 – Minggu permainan tradisional telah dianjurkan oleh praktikum J1P1 di perkarangan bangunan unit kokurikulum sempena projek akhir kokurikulum semester 2.
Aktiviti ini telah mendapat sambutan lebih 150 orang pelajar di mana seawal 8 pagi Sekurang-kurangnya 10 pasukan telah mendaftar bagi setiap acara seperti boling padang, tuju selipar, batu seremban, dan ceper.
Seperti yang dirancang, aktiviti tersebut berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 11 pagi . Pada akhirnya, pihak penganjur telah menyediakan hadiah yang berupa hamper kepada setiap pasukan yang turut disampaikan oleh Encik Mohd Eswadi Bin Mohd Zain bagi menghargai sokongan padu pelajar-pelajar kolej.