MPPB

Peraturan Am MPPB

PERATURAN AM

 

  1. Pelajar wajib menghadiri semua aktiviti rasmi Minggu Pengurusan Pelajar Baru
  2. Pelajar dikehendaki berkelakuan baik sepanjang Minggu pengurusan Pelajar Baru.
  3. Semua pelajar dikehendaki membawa dan mempamerkan kad matrik/ pengenalan diri pada setiap masa semasa berada di dalam kampus.
  4. Pelajar hendaklah memakai pakaian yang kemas dan sesuai mengikut aktiviti. Dilarang memakai seluar pendek, jeans dan kemeja “T” tanpa lengan atau tidak berkolar, memakai selipar atau berpakaian sukan semasa acara rasmi.
  5. Pelajar tidak dibenarkan mengikuti aktiviti luar dalam tempoh Minggu Pengurusan Pelajar Baru.
  6. Sebarang pengecualian terhadap peraturan adalah berdasarkan surat rasmi daripada urusetia.
  7. Pelajar tidak digalakkan memiliki wang tunai melebihi RM100.00 atau barang kemas bernilai RM300.00.
  8. Pelajar hendaklah menyimpan wang dan barang kepunyaan sendiri di tempat yang selamat. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan disebabkan kecuaian diri sendiri.
  9. Hanya pelajar sakit yang mendapat kebenaran daripada urusetia sahaja akan diberi pengecualian daripada aktiviti Minggu Pengurusan Pelajar baru.
  10. Pelajar yang memerlukan rawatan atau sakit hendaklah memberitahu Felo dan perlu dihantar ke hospital untuk rawatan.
  11. Pelajar dilarang menyimpan, menggunakan sebarang penerbitan yang dilarang atau peralatan yang boleh dikategorikan sebagai bahaya.
  12. Semua peralatan elektrik adalah dilarang digunakan kecuali mendapat kebenaran daripada Felo.
  13. Pelajar tidak dibenarkan menerima tetamu sepanjang Minggu Pengurusan Pelajar Baru.
  14. Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan masuk ke bilik kecuali untuk pelajar sakit.
  15. Pelajar akan dikenakan tindakan sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan dari masa ke semasa.

Leave a Reply