Aktiviti PelajarArtikelBerita

Kursus Pengurusan Jenazah 2018

Pengurusan Jenazah

Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan pada 20 Januari 2018 bertempat di Masjid Al-Taqwa Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang. Kursus ini telah disertai oleh pelajar dan kakitangan KMTPh. Ia diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada
peserta tentang pengurusan jenazah yang tepat dan seiring dengan syariat Islam dan mengikis unsur-unsur bidaah dan khurafat. Selain itu, ia bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian serta merapatkan ukhwah dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama peserta.

Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang

Para peserta didedahkan dengan perbincangan ilmiah,praktikal pengurusan jenazah yang melibatkan carta-cara memandikan dan mengkafankan jenazah.

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa mengurus jenazah orang Muslim atas rasa iman dan ikhlas, turut solat jenazah bersama-sama dan menguruskan
pengebumiannya sehingga selesai, maka orang itu pulang membawa pahala dua qirat ; satu qirat kira-kira sebesar
bukit Uhud. Dan sesiapa mengikut solat jenazah sahaja, kemudian dia pulang sebelum dikebumikan, maka orang itu
 pulang membawa pahala satu qirat.” (Riwayat al-Bukhari, jil. 1, no.0039)

Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang

 Klik http://www.kmtph.matrik.edu.my/untuk koleksi gambar

Leave a Reply